Tuesday, December 1, 2009

SUDAH BULAN DISEMBER...CEPATNYA..

Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Disember 2009. 2009 sudah hampir ke penghujungnya. Masa berlalu sangat pantas, dan umur kita juga makin meningkat huhuhu....hahaha.


Cuti tempohari, alhamdulillah cuaca di KT cerah dan tak hujan langsung masa raya tu. Tetapi semalam hujan berterusan walaupun tak lebat. Syukur penerbangan mokcik kembali ke Putrajaya tepat pada waktunya dan walaupun hujan, takde la turbulance. Mokcik balik sensorang. Cik abe dan anak2 akan menyusul hari jumaat nanti dan sabtu pagi kami akan bertolak balik ke Sabah.



Sepanjang cuti raya, kami habiskan dengan membersihkan rumah. Mula2 angkat semua sisa2 kayu keluar dan sapu dalam rumah. Lepas tu bersihkan tandas dan ruang dapur. Masalahnya di ruang tamu belum siap lagi pasang tiles, maka kami cuma sapu sampah saja dulu. By yesterday, tukang datang pasang paip dan sinki. Tiles pun dah siap kecuali ada sedikit di bahagian tangga. Cuma tukang letrik sajork yang masih bercuti sakan. Dah ler datang kerja lewat, balik awal...pasang pulak tak pandai jaga hati pelanggan. Mokcik panas sebab kipas kat ruang tamu dia pasang tak center...dan banyak soket dipasangnya senget..huhuhu. Mokcik berkali2 ingatkan cik abe supaya minta dibetulkan kedudukan kipas di ruang tamu kelak. ye la kita buat rumah bukannya selalu kan...nak kena buat elok2 biar puas hati dan berbaloi dengan apa yang kita bayar.



Semalam berbual2 dengan cik abe...tentang sistem pendidikan di negara kita ni. Kebanyakan sekolah agama sekarang telah diambil alih oleh kerajaan pusat. Yang mokcik kurang setuju tu mengapa sekolah agama pun mengamalkan polisi mengambil pelajar dengan keputusan 5A sahaja? MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh sudah tentunya hanya ambil pelajar 5A. Sekarang sekolah agama pun nak amalkan polisi serupa. Pada mokcik, budak2 yang dapat kurang A masa UPSR bukan bermakna dorang tak bagus. Dan juga, kalau betul cikgu cikgi kat MRSM, sekolah berasrama penuh serta sekolah agama tu cemerlang, gemilang dan terbilang, sudah tentu inilah cabaran buat mereka untuk mendidik anak-anak murid ini menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang pelajaran jugak kan??? Kalau ambik murid dapat 5A sajork, takde la cabaran...yg bagus murid, cikgu belum tentu bagus. Tu pasal yang takmo terima budak2 yg dpt kurang A. Tujuannya tak lain tak bukan takut sangat hilang status...

Dulu2 klau kita lihat budak2 yang dianggap kurang berjaya dalam akademik, diberi peluang masuk sekolah vokasional, belajar kemahiran bertukang etc. Yang agak bagus kononnya masuk maktab, lebih bagus lagi masuk U. Sekarang ni, siapa lebih berjaya? Mereka yang keluaran vokasional ni la yang lebih kaya raya dari yang masuk maktab, jadi cikgu. Yang masuk U pun belum tentu dapat kerja bagus. Sekarang ni nak pilih2 pulak budak2 yang boleh masuk sekolah agama...ni la masalah kalau pendidikan dan agama dicampuraduk dengan politik. Yang ruginya rakyat juga.

Apa pendapat korang pulak?



Ok la mokcik nak siapkan beberapa perkara sebelum pi bercuti panjang ni...daaa...



Wassalam.

10 comments:

  1. part rumah--memang patot mokcik bising2 sikit pasal perihal rumah tu. betol bukan kita buat rumah hari2.. boleh dikatakan sekali je seumur hidop, dah pelaburannya pon bukan kecik2 duit. so, kena fight la ye tak..

    part pendidikan--tuyang heran tu. dulu2 sek. agama ni macam dikategorikan macam sekolah 2nd, class je, if tak lulus sekolah biasa alternatifnya pi sekolah agama or voka..tapi sekarang ni sekolah agama dah jadi pilihan ramai. tak patut buat sistem yang amcam tu..bagi la peluang pada budak2 yang agak kureng supaya masih ada tempat untuk mereka... itu pendapat saya je la.

    part kembali ke putrajaya--welcome back!

    ReplyDelete
  2. macam tak nak bagi ramai anak2 berjaya jer... huhuhu, pandangan negatif plaks mak su ni :(

    ReplyDelete
  3. kalau dekat

    memang pB dah suruh aBear pB pergi pasang lampu , pasang soket dan juga pasang kipas

    ReplyDelete
  4. Saya,

    Tu la pasal kan..

    Hah sebab tu la masalah sosial kian bertambah..budak2 nie klu kurang sikit dapat A masa UPSR, tak bermakna dorang tak bagus...huhu.

    Mak su,

    muslihat penjajah dah berjaya..

    Zara,

    jommmm...

    PB,

    kalau dekat memang mokcik panggil abear jer la ..

    ReplyDelete
  5. Loorrr...camtu pulak...nak masuk sekolah agama pun nak pilih pelajar jugak ke...kadang2 anak2 yang tak pandai bidang akademik ni...pandai dlm bidang agama...

    Selamat bercuti mokcik...

    ReplyDelete
  6. zue sokong pendapat mokcik ni...klu pandai smpai masuk u skali pun bila tang kerja hampeh.

    nengok saja bangsa cina tak ada sibuk2 nak masuk asrama tapi berjaya juga.

    klu kerja swasta mcm sy ni tak ada le nengok degree janji ada pengalaman sudah cukup buat dia org.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Azwa,

    Hm.. kalau dah semua kena ada kelulusan 5A baru dapat masuk, sape yg result tak ok masa UPSR akan terus keciciran la.. Lansung tak diberi peluang lagi.. Bagi saya la, UPSR tu masih fikiran budak2, ada yang belum nampak kepentingan result bagus, masa form 3, amik PMR, dah boleh fikir dah. Bagi yang cicir masa UPSR at least belum lambat lagi nak kejar masa PMR.. hm.. ntah la.. kadang-kadang rasanya makin mengarut sistem pendidikan Malaysia...

    ReplyDelete
  8. bab sistem pendidikan tu tak pandai nak komen,cuma nak ucapkan selamat bercuti jer..

    ReplyDelete