Monday, August 4, 2008
MONDAY BLUES
">
Tak tahu nak boh tajuk apa pulak pagi nie. Mungkin bagi yang baru start kijer hari nie monday blues la kut. For us kat negeri2 yang start kijer on sunday, sunday blues la hehehehe. Cakap pasal kijer hari ahad nie...ha...masa memula sampai kat 'Ganu nie memang konfuse gak. Pernah sekali tu boss arahkan Azwa minta penjelasan dari satu department tu. Azwa pun beria2 la telefon orang yang dimaksudkan. Yang peliknya telefon ringing tapi takde jawapan. Hmnnn...dalam hati kata mana la pi operator pejabat nie...banyak kali cuba still takde jawapan. Azwa pun kabor kat boss...tak dapat hubungi orang berkenaan. Balik bilik, Azwa belek2 fail mencari nombor telefon lain yang boleh dihubungi...hmnnn...lantas terjumpa one number...dicoba dail...ada ringing tone...tut..tut..tut.. " Terima kasih kerana menghubungi pejabat ******. Pejabat kami dibuka pada hari isnin hingga jumaat mulai jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. sila hubungi kami pada masa pejabat."
Yang kelakarnya tu still tak boleh tangkap lagi what's wrong...Azwa pun kuar bilik nak pi ngadu ngan PA boss... on the way ke bilik boss suddenly *ping* baru teringat..."Laaa...kan hari ni hari ahad...memang la pejabat kat putrajaya tak buka..." kwang... kwang....kwang.....
Satu lagi hari yang masih membingungkan Azwa termasuk juga mereka yang dah kerja bertahun2 kat 'Ganu nie ialah hari Khamis. Khamis is a funny day...i mean...masa kerja dia agak singkat. Tujuannya untuk menyeragamkan masa kerja dgn state lain yang mana hari jumaat masa kerja dia singkat skett sebab masa rehat panjang. Oleh kerana opis Azwa ada masa anjal maka masa balik on thursday ialah pukul 3 ptg, 3.30 ptg dan pukul 4 petang.
Satu hari tu boss no. 2 kuar bilik dan cari jurutaip.
"Dah balik tuan" jawab yang lain.
" Aik, baru pukul 3.30 petang...bakponya balik?"
"Dia ambil waktu anjal pukul 7.30 pagi tuan, jadi balik pukul 3"
"Gitu ker...patutnya selagi bos tak bagi kuar tak bleh balik nie..."
Haahhaha...boss ni dah dekat 7 tahun kerja kat 'Ganu pun still tak familiar dengan masa kerja kat sini. Azwa masa memula dulu tak tahu pun hari khamis semua balik awal. Nasib baik kebetulan hari khamis minggu pertama di pejabat nie tengah borak2 ngan staff dorang tersebut tentang perkara tu. Kalau tak harus Azwa terpinga2 keluar bilik tengok takde sorang tinggal kat opis, kecuali boss no. 2 yang memang jarang keluar bilik dia ngan pengawal keselamatan kat depan tu.
Wah...azwa bukan main lagik ek rajin update blog hari ini. Kata semalam, wiken lepas tak tenteram tido teringatkan kes. Apa cerita? Haa...today awal2 lagik dah pakai 'uniform' bersiap sedia gi court. Masuk2 je, kawan yang jadik lawan Azwa dah tersenyum " Boss cuti emergency la hari ini. Kita ambil date ajer la..." Pulakkkkk..... dah ler semalam opis boy kena dera tolong Azwa prepare dokumen sampai pukul 6 petang hehehehe...Life is full of surprises...banyak benda yang unsangkarable dan di luar kawalan kita. So, walaupun hari ni tak berjalan seperti yang dirancang, tapi Azwa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan untuk esok hari pulak...tak perlu tensen2 nanti blood pressure naik pulak kan...( sambil menikmati nasi beriani yang dibelanja oleh rakan sekerja sebentar tadi..... )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam tu le kerja banyak benda yg unsangkareble.. meeting pun kadang tu macam bidan terjun..
ReplyDeletetetiba je meeting... bila tak prapare pula lah ngabah hehe .. dah galak kali kena ni dah confident sikit.. janji ada jawab hehe
salam ...
ReplyDeletesibuk sungguh lar 'mokcik' sorang nie ...
sekarang ni , cepat sungguh masa berlalu...
tup tup dah hujung bulan ....
zino..ha'a..kenkadang bila prepare habis2an tak jadik pulak miting, bila tak berapa prepare jadik pulak. tu yang naya tu hehehe
ReplyDeletePB, walaupun sibuk tetap ambil masa berblogging hehehehe kalau tak rasa macam lauk tak cukup garam jerrr...ihikss
Oh..dpt blanja nasik byrani..patut ler tak tension..hu..hu..hu..
ReplyDeletewaaa... kalau dapat balik kol 4.30 best nyer kak...
ReplyDeleteNBK...hehehe...rezeki nak makan nasi beriyani...mood pun baik jerrr...
ReplyDeleteSas...hari khamis kat sini memang pukul 3 petang jer dah lengang dah opis. Tapi kita ni biasa la, kenkadang terbabas gak balik pukul 5 ptg.